Dasar Privasi ini dikeluarkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia dan syarikat subsidiari serta gabungannya, merangkumi tetapi tidak terhad kepada YIM Technology Resources Sdn. Bhd. dan YIM Professional Services Sdn. Bhd. (secara kolektifnya “YIM”, “kami”), untuk menerangkan kepada anda bagaimana kami mengurus data peribadi anda semasa anda melayari laman sesawang kami, atau apabila anda menghubungi dan berinteraksi dengan kami.
Dengan melayari dan berhubung dengan kami serta dengan memberi data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda (i) berdasarkan undang-undang perlindungan data yang berkaitan di Malaysia atau (ii) bagi tujuan sepertimana yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini.
Kami mungkin mengumpul data peribadi anda dan ini merujuk kepada apa jua maklumat untuk mengenal pasti anda seperti nama, alamat, jawatan, alamat emel, nombor faksimili, butiran perhubungan (“contact details”) dan lain-lain maklumat peribadi yang anda berikan.
Selain itu, jika anda adalah seorang inovator yang berurusan dengan YIM, sebagai tambahan, kami juga mungkin mengumpul butiran syarikat anda, maklumat audio-visual anda seperti gambar, imej, video dan/atau produk . Kami juga mungkin mengumpul data peribadi ahli pasukan (“team members”) anda.
Data peribadi anda mungkin akan digunakan atau dikendalikan oleh kami seperti di bawah:
Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga, termasuklah:
Kami mungkin dikehendaki untuk memindahkan data peribadi anda keluar Malaysia. Pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia juga diperlukan jika anda berada atau beroperasi di luar Malaysia.
Kecuali seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini, kami tidak akan mendedahkan sebarang data peribadi tanpa kebenaran (samada bertulis atau lisan) melainkan kami secara sahnya bertanggungjawab untuk berbuat demikian atau untuk melindungi kepentingan anda atau YIM.
Di bawah undang-undang perlindungan data yang berkaitan, anda mempunyai hak berikut tentang data peribadi anda:
Anda boleh menuntut hak anda dengan mengemukakan permintaan anda kepada:
Emel: [email protected]
Kami akan melaksanakan semua usaha yang munasabah dan praktikal untuk mematuhi permintaan anda, selaras dengan undang-undang yang berkaitan. Caj pentadbiran mungkin dikenakan untuk permintaan salinan cetak dihantar kepada anda.